Kerjaya Azira Shafinaz binti Ramlan

De Fam (2015–kini)

Rencana utama: De Fam

Azira Shafinaz merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam bersama dua rakannya, Nurshazwani Shamsuddin (Cik Manggis) dan Sophiatul Liana Mohd Sobri (Sophia Liana).[7][8] Single sulung kumpulan ini, "#Supergirls" mendapat tontonan melebihi 1 juta di YouTube dalam masa tiga minggu sahaja sekaligus memperkenalkan Azira dan De Fam kepada perhatian umum dan media.[9][10]

Lakonan

Lakonan pertama Azira hadir pada 2012 apabila beliau melakonkan peranan kecil sebagai Ayra dalam drama Dan Bila Esok di TV3. 3 tahun kemudian, beliau memegang watak utama sebagai Mira dalam siri drama waktu perdana TV3, Mimpi Mira. Profil beliau dalam bidang lakonan dikenali umum apabila beliau bergandingan bersama Syafiq Kyle menerusi drama Married Tapi Benci di Slot Lestary TV3, di mana beliau memegang watak sebagai Rina, seorang pelajar baharu di kolej mempunyai raut wajah yang jelita dan mempunyai perasaan benci dengan lelaki.[11]

Kerjaya filem beliau bermula dengan memegang watak sebagai Anna dalam filem Penunggang Agama arahan Syafiq Yusof. Untuk filem ini, beliau menggunakan khidmat seorang ustaz untuk menekuni al-Quran dengan baik.[12]